Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-10 10:53

Telegram @anwaribrahim_official

After the program at Bukit Kayu Hitam-Sadao, I went on to Bukit Gambir, Tangkak to meet students and Johor citizens in the MADANI Friends Contact program to share hopes about the future of education which should be a vehicle for producing people who seek truth, have morals and integrity. The Federal Government is mobilizing various efforts, including the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) to bring more quality investment and dignified employment opportunities. However, the future of Johor and Malaysia ultimately depends on a generation that is knowledgeable, trustworthy and wise, especially in deciding between leadership with integrity and those who destroy the people's trust. Therefore I emphasize that knowledge without morals will only destroy. Intelligence that is used to abuse trust, steal people's money or incite hatred will only weaken the country. Because of that, the MADANI Government took the responsibility of strengthening governance and ensuring that every ringgit is used for the benefit of the people. I hope that the children of Johor will continue to dare to reach for the sky by pursuing their ambitions, reaching for the knowledge and technology of the future, but remain firmly rooted in the earth by holding on to our noble language, culture, manners and values. God willing, from this generation will be born a Johor that is more advanced, prosperous and will be the pride of the whole of Malaysia. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Berakhir program di Bukit Kayu Hitam-Sadao, saya terus ke Bukit Gambir, Tangkak untuk bertemu anak-anak pelajar dan warga Johor dalam program Sentuhan Sahabat MADANI bagi berkongsi harapan tentang masa depan pendidikan yang harus menjadi wahana melahirkan insan yang mencari kebenaran, berakhlak dan berintegriti. Kerajaan Persekutuan sedang menggerakkan pelbagai ikhtiar, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi membawa lebih banyak pelaburan berkualiti dan peluang pekerjaan bermaruah. Namun masa depan Johor dan Malaysia akhirnya bergantung kepada generasi yang berilmu, beramanah dan bijaksana, terutama dalam menentukan antara kepimpinan yang berintegriti dengan mereka yang merosakkan amanah rakyat. Justeru saya tegaskan bahawa ilmu tanpa akhlak hanya akan merosakkan. Kepintaran yang digunakan untuk menyeleweng amanah, mencuri wang rakyat atau menghasut kebencian hanya akan melemahkan negara. Kerana itu Kerajaan MADANI mengambil tanggungjawab memperkukuh kembali tatakelola dan memastikan setiap ringgit dimanfaatkan demi kepentingan rakyat. Saya meletakkan harapan kepada anak-anak Johor agar terus berani menggapai langit dengan mengejar cita-cita, menggapai ilmu serta teknologi masa hadapan, namun tetap berakar teguh di bumi dengan berpegang pada bahasa, budaya, adab dan nilai kita yang luhur. Insya-Allah, daripada generasi inilah akan lahir Johor yang lebih maju, makmur dan menjadi kebanggaan seluruh Malaysia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI