Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-09 14:12

Telegram @anwaribrahim_official

Conventional approaches alone are no longer sufficient to fend off new and increasingly complex threats, especially in the rapidly evolving era of artificial intelligence (AI) and digital technology. For that reason, we must strengthen the country's capabilities not only through more sophisticated technology and security systems, but also by producing talent and a young generation who are digitally literate, highly skilled and understand the security challenges of the future. National security is not just the responsibility of enforcement agencies because it is a shared trust that demands the awareness and role of every citizen, every family and every community. When a culture of vigilance and responsibility is fostered in every home, then the defense of the country will be stronger. Therefore, when inaugurating the National Security Month Program 2026 and the National Cyber ​​Security Summit (NCSS) 2026, I emphasized that Malaysia needs to be ready to face the new threat landscape with knowledge, technology, innovation and the spirit of togetherness to ensure the security and sovereignty of the country for future generations. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Pendekatan konvensional semata-mata tidak lagi memadai untuk menangkis ancaman baharu yang semakin kompleks, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang berkembang begitu pantas. Atas sebab itu, kita mesti memperkukuh keupayaan negara bukan sahaja melalui teknologi dan sistem keselamatan yang lebih canggih, malah dengan melahirkan bakat serta generasi muda yang celik digital, berkemahiran tinggi dan memahami cabaran keselamatan masa hadapan. Keselamatan negara bukan sekadar tanggungjawab agensi penguatkuasaan kerana ia adalah amanah bersama yang menuntut kesedaran serta peranan setiap rakyat, setiap keluarga dan setiap komuniti. Apabila budaya berwaspada dan bertanggungjawab dipupuk di setiap rumah, maka benteng pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh. Justeru ketikamerasmikan Program Bulan Keselamatan Negara 2026 dan National Cyber Security Summit (NCSS) 2026, saya tekankan bahawa Malaysia perlu bersedia mendepani landskap ancaman baharu dengan ilmu, teknologi, inovasi dan semangat kebersamaan demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara untuk generasi akan datang. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI