Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-09 07:29

Telegram @anwaribrahim_official

PM Anutin and I then held a four-point meeting at Bangunan Perdana Putra before chairing a bilateral meeting with delegations from both countries. This meeting strengthened the long-standing friendship as well as the commitment of Malaysia and Thailand to continue to strengthen the Strategic Partnership for the sake of peace, prosperity and well-being of both countries. Discussions focused on cooperation in various fields including trade and investment, border development, security, agriculture and food security, tourism, halal industry and semiconductor industry. We emphasize efforts to speed up the implementation of regional connectivity projects, including the ASEAN Power Grid, as well as strengthen connectivity at the Panjang-Sungai Golok border in order to facilitate people's movement and boost cross-border economic activities. Malaysia and Thailand agreed to speed up the implementation of various initiatives that have been agreed through existing cooperation mechanisms so that the benefits can be immediately felt by the people of both countries. PM Anutin also expressed appreciation for Malaysia's active role in helping to promote dialogue and peace efforts in the region, including support for the peace process between Thailand and Cambodia. We also exchanged views on various regional issues, including developments in Myanmar as well as efforts to maintain peace in southern Thailand, based on the spirit of ASEAN which always prioritizes dialogue, understanding and peaceful solutions. The relationship between Malaysia and Thailand will continue to be strengthened based on the spirit of mutual respect, trust and commitment to explore more cooperation opportunities that bring real benefits to the people of both countries as well as the prosperity of the region. 🇲🇾 🤝 🇹🇭 #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI #Civil Diplomacy

Notes

Saya dan PM Anutin kemudian mengadakan pertemuan empat mata di Bangunan Perdana Putra sebelum mempengerusikan mesyuarat dua hala bersama delegasi kedua-dua negara. Pertemuan ini memperteguh persahabatan yang sekian lama terjalin serta komitmen Malaysia dan Thailand untuk terus memperkukuh Perkongsian Strategik demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kedua-dua negara. Perbincangan tertumpu kepada kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi perdagangan dan pelaburan, pembangunan sempadan, keselamatan, pertanian dan keterjaminan makanan, pelancongan, industri halal serta industri semikonduktor. Kami memberi penekanan kepada usaha mempercepat pelaksanaan projek-projek kesalinghubungan serantau, termasuk ASEAN Power Grid, serta memperkukuh kesalinghubungan di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok demi memudah cara pergerakan rakyat dan merancakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan. Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah dipersetujui melalui mekanisme kerjasama sedia ada agar manfaatnya dapat segera dirasai oleh rakyat kedua-dua negara. PM Anutin juga merakamkan penghargaan atas peranan aktif Malaysia dalam membantu menggalakkan dialog dan usaha damai di rantau ini, termasuk sokongan terhadap proses perdamaian antara Thailand dan Kemboja. Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau, termasuk perkembangan di Myanmar serta usaha mengekalkan keamanan di selatan Thailand, berlandaskan semangat ASEAN yang sentiasa mengutamakan dialog, persefahaman dan penyelesaian secara damai. Hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh berteraskan semangat saling menghormati, kepercayaan dan iltizam untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara serta kemakmuran rantau ini. 🇲🇾 🤝 🇹🇭 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI