Telegram @anwaribrahim_official
Received a courtesy visit from the Chairman of the Defense, Domestic and Foreign Affairs Committee, National Council of the United Arab Emirates (UAE) Dr. Ali Rashid Al Nuaimi, this afternoon. I appreciate the UAE's commitment to continue strengthening close ties with Malaysia, particularly in exploring areas of strategic cooperation that can provide added value to both countries. In this meeting, we also exchanged views on current geopolitical developments, including the conflict involving the United States and Iran and its implications for the region. We also touched on the importance of artificial intelligence (AI), particularly in the defense and governance sectors. I welcome the sharing of the UAE's experience which obliges the ministers and top management of the government to attend AI training to ensure that the leadership is always ready to face the increasingly rapid technological changes. God willing, Malaysia will continue to strengthen cooperation with the UAE for mutual benefit and to contribute to regional peace, stability and prosperity. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Luar Negara, Majlis Kebangsaan Persekutuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr. Ali Rashid Al Nuaimi, petang tadi. Saya menghargai komitmen UAE untuk terus memperkukuh hubungan erat dengan Malaysia, khususnya dalam meneroka bidang kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara. Dalam pertemuan ini, kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik semasa, termasuk berhubung konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran serta implikasinya terhadap rantau ini. Kami juga menyentuh mengenai kepentingan kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam sektor pertahanan dan tadbir urus. Saya menyambut baik perkongsian pengalaman UAE yang mewajibkan para menteri serta pengurusan tertinggi kerajaan mengikuti latihan AI bagi memastikan kepimpinan sentiasa bersedia mendepani perubahan teknologi yang semakin pesat. Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan UAE demi manfaat bersama serta menyumbang kepada kes manan, kestabilan dan kemakmuran serantau. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI