Telegram @anwaribrahim_official
Nation-building requires efforts to produce people who have their own identity, integrity and adhere to pure values in order to raise the dignity of Malaysia. In the meeting of the National Assembly Board of Administration that I chaired today, I emphasized the importance of applying national values so that the spirit of love for the country continues to flourish among the people. I also listened to a briefing on the progress of the implementation of the National Service Training Program (PLKN) which showed encouraging progress and received very good response from participants and parents, so this program should continue to be strengthened as a vehicle for building the identity, discipline and resilience of the people. In addition, the role of National Fellow is also highlighted which brings together figures and statesmen from various backgrounds to contribute ideas to strengthen the agenda of nation building. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Pembinaan negara bangsa menuntut usaha melahirkan insan yang berjati diri, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai murni demi mengangkat martabat Malaysia. Dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang saya pengerusikan hari ini, saya menekankan kepentingan penerapan nilai kenegaraan agar semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan rakyat. Saya turut mendengar taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan serta mendapat sambutan amat baik daripada peserta dan ibu bapa lantas program ini wajar terus diperkasa sebagai wadah membina jati diri, disiplin serta ketahanan rakyat. Selain itu, peranan Felo Kenegaraan turut diketengahkan yang menghimpunkan tokoh dan negarawan daripada pelbagai latar belakang untuk menyumbang idea bagi memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI