Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-03 09:14

Telegram @anwaribrahim_official

Taxi drivers are one of the early faces of the country that shape tourists' perceptions of Malaysia through good service, professionalism and integrity displayed not only reflect the quality of service, but also become a reflection of the country's values ​​and image. When inaugurating the National MADANI Taxi Reform Program at Dataran Merdeka today, I affirmed the Government's commitment to continue to strengthen the welfare and competitiveness of taxi drivers in addition to leveraging the use of digital booking applications as necessary to expand income opportunities and improve service efficiency, without affecting their time to earn a living. Following the overwhelming response to the previous matching grant scheme which was used up within about three months, the Government agreed to add an allocation of RM10 million to enable more drivers to have new vehicles that are safer, more comfortable and meet current needs. This effort is part of the Government's ongoing efforts to ensure that the taxi industry continues to remain relevant, competitive and trusted by citizens and tourists, in addition to improving the well-being of drivers who have contributed to the development of the country's transport sector for a long time. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Pemandu teksi merupakan antara wajah awal negara yang membentuk tanggapan pelancong terhadap Malaysia menerusi layanan yang baik, profesionalisme dan integriti yang ditampilkan bukan sahaja mencerminkan mutu perkhidmatan, malah menjadi cerminan nilai dan imej negara. Ketika merasmikan Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka hari ini, saya menegaskan komitmen Kerajaan untuk terus memperkukuh kebajikan dan daya saing warga pemandu teksi selain memanfaatkan penggunaan aplikasi tempahan digital perlu bagi memperluas peluang pendapatan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan, tanpa menjejaskan masa mereka mencari rezeki. Susulan sambutan yang amat menggalakkan terhadap skim geran padanan sebelum ini yang habis dimanfaatkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan, Kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membolehkan lebih ramai pemandu memiliki kenderaan baharu yang lebih selamat, selesa dan memenuhi keperluan semasa. Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan Kerajaan untuk memastikan industri teksi terus kekal relevan, berdaya saing dan diyakini rakyat serta pelancong, di samping meningkatkan kesejahteraan warga pemandu yang telah sekian lama menyumbang kepada pembangunan sektor pengangkutan negara. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI