Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-02 07:39

Telegram @anwaribrahim_official

I have sent a letter to Xi Jinping in conjunction with the 105th anniversary of the Chinese ruling party, to convey congratulations from the Government and the people of Malaysia. I express my appreciation for the long journey of China's ruling party which has shaped the country's progress based on the strength of civilization, history and values ​​that have been inherited for a long time. I also recall Malaysia's historic decision on May 31, 1974 as the first non-socialist country in Southeast Asia to recognize the People's Republic of China. Decisions made with great wisdom and foresight continue to be the solid foundation of a close relationship that has been strengthened for more than five decades. Malaysia will continue to deepen strategic cooperation with China based on respect, trust and shared benefits for regional peace, stability and prosperity. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #Civil Diplomacy

Notes

Saya telah mengutus surat kepada Xi Jinping sempena ulang tahun ke-105 parti pemerintah China, bagi menyampaikan ucapan tahniah daripada Kerajaan dan rakyat Malaysia. Saya menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang telah membentuk kemajuan negara itu berteraskan kekuatan tamadun, sejarah dan nilai-nilai yang diwarisi sejak sekian lama. Saya juga mengimbau keputusan bersejarah Malaysia pada 31 Mei 1974 sebagai negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf Republik Rakyat China. Keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pandangan jauh itu terus menjadi asas kukuh kepada hubungan erat yang telah diperkukuh selama lebih lima dekad. Malaysia akan terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI