Telegram @anwaribrahim_official
The world today is witnessing the decline of values that have long been the basis of relations between nations. Power and dominance are increasingly overriding the truth, narrow interests trampling on principles, while being selective in applying international law according to the comfort and throat of certain powers. In such an atmosphere, Malaysia will not at all compromise its principles, but will remain steadfast in upholding the nation's assertiveness. Therefore, we will continue to defend peace, reject domination and imperialism and stand firm with those who are oppressed because justice cannot be seasonal, and human dignity cannot be measured according to geopolitical scales. Therefore, the country's foreign policy will continue to focus on freedom, decisiveness and wisdom. We are not tied to any power bloc, but will continue to hold to the belief that friendship should be based on mutual respect, not dominance. Meanwhile, ASEAN remains the ultimate vehicle that supports regional justice, not because it is perfect, but because in an increasingly divided world, efforts to continue to sit at the same table, dialogue and find common ground are far more valuable than rhetoric that only inflames enmity. In the same space, I also touched on and criticized Norway's action on the cancellation of the missile export license (NSM) to Malaysia recently, and I emphasized that this is not how Norway treats a strategic partner like Malaysia. I have also had confirmation from the United States through Secretary of State Marco Rubio that the country is not involved, far from influencing Norway to act in such a way. As a result, Malaysia will continue to expand its cooperation network, strengthen relations with existing partners, while exploring new potential with countries from the Global South. The art and style of our diplomacy is not just the language of diplomats and policy makers, but is an effort in creating opportunities for the people, raising the dignity of the country, and ensuring that Malaysia continues to move forward with confidence; principled with sanity, brave without being reckless, and firm without losing manners and humanity. #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Dunia hari ini sedang menyaksikan susutnya nilai yang telah sekian lama menjadi asas kepada hubungan antara negara. Kekuatan dan dominasi semakin mengatasi kebenaran, kepentingan sempit yang menginjak prinsip, sementara bersikap selektif dalam menggunapakai undang-undang antarabangsa mengikut selesa dan tekak kuasa tertentu. Dalam suasana yang sedemikian, Malaysia tidak akan sama sekali menggadaikan prinsipnya, malah akan kekal cekal menjulang ketegasan negara. Lantaran itu, kita akan terus mempertahankan keamanan, menolak dominasi dan imperialisme dan berdiri teguh bersama mereka yang dizalimi kerana keadilan tidak boleh bersifat bermusim, dan maruah manusia tidak boleh diukur mengikut neraca geopolitik. Justeru, kebijakan luar negara akan terus berpaksi pada kebebasan, ketegasan dan kebijaksanaan. Kita tidak terikat pada mana-mana blok kuasa, sebaliknya akan terus berpegang kepada keyakinan bahawa persahabatan harus terpatri atas asas saling hormat, bukan dominasi. Sementalahan, ASEAN pula kekal menjadi wahana utsma yang mendukung keadilan rantau, bukan kerana ia sempurna, tetapi kerana dalam dunia yang semakin terpecah, ikhtiar untuk terus duduk semeja, berdialog dan mencari titik temu adalah jauh lebih bernilai ketimbang retorik yang hanya menyemarak permusuhan. Di ruang yang sama, saya turut menyentuh dan menyelar tindakan Norway terhadap pembatalan lesen eksport peluru berpandu (NSM) kepada Malaysia baru-baru ini, dan saya tegaskan itu bukan caranya Norway melayan rakan strategik seperti Malaysia. Saya juga telah mendapat pengesahan dari Amerika Syarikat melalui Setiausaha Negara Marco Rubio bahawa negara itu tidak terlibat, jauh sekali mempengaruhi Norway untuk bertindak sedemikian rupa. Walhasil, Malaysia akan terus memperluas jaringan kerjasama, memperkukuh hubungan dengan rakan-rakan sedia ada, sambil meneroka potensi baharu bersama negara-negara dari Global South. Seni dan gaya diplomasi kita bukan sekadar bahasa para diplomat dan pembuat kebijakan, tetapi adalah ikhtiar dalam membuna peluang kepada rakyat, mengangkat martabat negara, dan memastikan Malaysia terus melangkah dengan yakin; berprinsip dengan kewarasan, berani tanpa bersikap gopoh, serta tegas tanpa hilang adab dan kemanusiaan. #MADANIbekerja #YakinMADANI