Telegram @anwaribrahim_official
I have had the opportunity to give my opinion on the manuscript of the book entitled "The Ideas of Anwar Ibrahim in the Cultural Civilization of the Nation". I am very pleased with the involvement of experts refer to National Academic Figures and National Language Figures who are no strangers to Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Haji Abdul Karim in the preparation and processing of the content of this book. This book was produced by Professor Dr. Salinah binti Ja'afar, lecturer and linguistic expert at the Academy of Malay Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur. I was interviewed exclusively by both covering all parts of the writing of this book. I would like to express my gratitude for the efforts of the writer who wants to record and work on my ideas, views and points of view in my life experience and reading that will be reviewed in detail in this book. It is my hope that this manuscript will later be used as a reference source for future generations, especially in the aspects of nation development and self-worth for mutual benefit. #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Saya telah berkesempatan untuk memberi pandangan kepada manuskrip penulisan buku bertajuk “Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa". Saya amat berbesar hati dengan penglibatan pakar rujuk Tokoh Akademik Negara dan Tokoh Bahasa negara yang tidak asing lagi iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Haji Abdul Karim dalam penyediaan serta pengolahan kandungan buku ini. Buku ini dihasilkan oleh Profesor Dr. Salinah binti Ja’afar, pensyarah dan pakar linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Saya telah ditemu bual secara eksklusif oleh kedua-duanya merangkumi semua bahagian di dalam penulisan buku ini. Saya mengucapkan terima kasih di atas usaha daripada penulis yang ingin merakam serta menggarap idea, pandangan dan sudut fikir saya dalam pengalaman hidup dan pembacaan yang akan diulas secara terperinci di dalam buku ini. Harapan saya, naskhah ini kelak akan dijadikan sumber rujukan buat generasi yang mendatang khususnya dalam aspek pembangunan bangsa dan nilai diri untuk manfaat bersama. #MADANIbekerja #YakinMADANI