Telegram @anwaribrahim_official
States must ensure that human considerations continue to be at the core of every decision-making process, despite the rapid development of technological capabilities and sophistication. Artificial intelligence (AI) is changing the landscape of global business, commerce and financial systems. It not only changes the way companies operate, but also affects credit rating, risk management, cross-border trade flows and the entire economic ecosystem. However, in the pursuit of technological progress, we must not sacrifice human values, which are considerations based on wisdom, ethics and responsibility must continue to be the backbone of every decision made. I emphasized this when inaugurating Ant International Kuala Lumpur's Global Development Center (GDC) today and the decision to choose Malaysia as their GDC site coincided with the launch of the Digital Malaysia 2030 Blueprint last Monday. This proves the confidence of global investors in the policy, stability and direction of the country's economy thus making Malaysia is not just a user of technology, but emerges as a leader in a digital economy that is competitive, inclusive and benefits all citizens. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Negara mesti memastikan pertimbangan manusia terus menjadi teras dalam setiap proses membuat keputusan, meskipun keupayaan dan kecanggihan teknologi berkembang dengan begitu pesat. Kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah landskap perniagaan, perdagangan dan sistem kewangan global. Ia bukan sekadar mengubah cara syarikat beroperasi, malah turut mempengaruhi penilaian kredit, pengurusan risiko, aliran perdagangan rentas sempadan serta ekosistem ekonomi secara keseluruhannya. Namun, dalam mengejar kemajuan teknologi, kita tidak boleh mengorbankan nilai kemanusiaan yakni pertimbangan berasaskan hikmah, etika dan tanggungjawab mesti terus menjadi tunjang kepada setiap keputusan yang dibuat. Perkara ini saya tekankan ketika merasmikan Pusat Pembangunan Global (GDC) Ant International Kuala Lumpur hari ini dan keputusan memilih Malaysia sebagai tapak GDC mereka adalah bertepatan dengan pelancaran Rangka Tindakan Malaysia Digital 2030 pada Isnin lalu. Ini membuktikan keyakinan pelabur global terhadap dasar, kestabilan dan hala tuju ekonomi negara lantas menjadikan Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi muncul sebagai peneraju ekonomi digital yang berdaya saing, inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI