Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-30 14:05

Telegram @anwaribrahim_official

Chairing the National Education Council Meeting Number 1 of 2026 to examine the direction of national education including school education and higher education. The discussion focused on efforts to improve the quality of education at the district level, empowering the Bumiputera education agenda as well as building the direction of STEM talent in order to meet the future needs of the country. I insist that the National Education Council was created not just to make adjustments, but to drive bold and meaningful changes so that our education system remains relevant to the demands of the times including improving content and curriculum, while strengthening the mastery of English as a second language without neglecting the values, culture, national language and morals that are the core of MADANI Malaysia. National education needs to be evaluated objectively, guided by the views and expertise of various parties, so that every step taken truly prepares future generations. The culture of being satisfied with the existing system cannot prevent progress and what is more important is the willingness to change, dare to reform and continue to raise the quality of the country's education to a higher level. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 bagi meneliti hala tuju pendidikan negara merangkumi pendidikan sekolah dan pengajian tinggi. Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan di peringkat daerah, memperkasa agenda pendidikan Bumiputera serta membina hala tuju bakat STEM demi memenuhi keperluan masa hadapan negara. Saya menegaskan bahawa Majlis Pendidikan Negara diwujudkan bukan sekadar untuk membuat penyesuaian, tetapi memacu perubahan yang berani dan bermakna agar sistem pendidikan kita kekal relevan dengan tuntutan zaman termasuk penambahbaikan kandungan dan kurikulum, di samping memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tanpa mengabaikan nilai, budaya, bahasa kebangsaan dan akhlak yang menjadi teras Malaysia MADANI. Pendidikan negara perlu dinilai secara objektif, berpandukan pandangan serta kepakaran pelbagai pihak, agar setiap langkah yang diambil benar-benar mempersiapkan generasi masa hadapan. Budaya berpuas hati dengan sistem sedia ada tidak boleh menghalang kemajuan dan yang lebih penting ialah kesediaan untuk berubah, berani melakukan pembaharuan dan terus mengangkat mutu pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI