Telegram @anwaribrahim_official
In Parliament earlier, I completed the handover of appointment documents to the new members of the Special Committee on Corruption (JKMR) and the Anti-Corruption Advisory Board (LPPR), after receiving the approval of the Yang di-Pertuan Agong. JKMR and LPPR play an important role as a check and balance mechanism by providing independent and critical views to strengthen the effectiveness of corruption prevention efforts. I convey the mandate to the newly appointed members to be determined in strengthening the corruption prevention agenda. Despite coming from various backgrounds, they share one trust to strengthen efforts to fight corruption for the sake of the country. This effort cannot be borne by one institution alone. It demands close cooperation between enforcement institutions, advisory bodies, Parliament, the public sector, the private sector and the whole community. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Di Parlimen tadi, saya menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. JKMR dan LPPR berperanan penting sebagai mekanisme semak dan imbang dengan memberikan pandangan bebas dan kritikal bagi memperkukuh keberkesanan usaha pencegahan rasuah. Saya sampaikan amanat kepada anggota yang baharu dilantik supaya membulatkan tekad dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah. Meskipun datang daripada pelbagai latar belakang, mereka berkongsi satu amanah untuk memperkasa usaha membanteras rasuah demi kepentingan negara. Usaha ini tidak boleh digalas oleh satu institusi semata-mata. Ia menuntut kerjasama erat antara institusi penguatkuasaan, badan penasihat, Parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI