Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-29 06:59

Telegram @anwaribrahim_official

This morning I chaired the Fourth National Digital Economy and Industrial Revolution Council Meeting (MED4IRN), before completing the launch of the Digital Malaysia Action Plan 2030 (MD2030): Towards an AI Nation. MD2030 is the country's strategic effort to prepare Malaysia to face the era of artificial intelligence (AI), automation and data-based economy, thereby strengthening Malaysia's resilience in the face of geopolitical uncertainty and global digital economic competition. Our priority is to ensure that every initiative is implemented in an organized, disciplined and impactful manner so that it can benefit the people, strengthen business competitiveness and drive Malaysia towards an inclusive AI Nation by 2030. In this meeting, I also emphasized that the Government's digital services need to be developed internally under the coordination of the Digital Ministry through the National Digital Department. This is important to preserve the security and sovereignty of national data, reduce dependence on external parties and develop public sector digital expertise. God willing, with the dedication of the entire MADANI Government machinery, MD2030 will be a national agenda that changes the way we work, serve and build the future of the country. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), sebelum menyempurnakan peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030): Ke Arah Negara AI. MD2030 ialah ikhtiar strategik negara untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi era kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi berasaskan data, sekali gus memperkukuh daya tahan Malaysia dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik serta persaingan ekonomi digital global. Keutamaan kita adalah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tersusun, berdisiplin dan berimpak agar dapat memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan serta memacu Malaysia ke arah sebuah Negara AI yang inklusif menjelang 2030. Dalam mesyuarat ini, saya turut menegaskan bahawa perkhidmatan digital Kerajaan perlu dibangunkan secara dalaman di bawah penyelarasan Kementerian Digital menerusi Jabatan Digital Negara. Ini penting untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan data negara, mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar serta membangunkan kepakaran digital sektor awam. Insya-Allah dengan iltizam seluruh jentera Kerajaan MADANI, MD2030 akan menjadi agenda nasional yang mengubah cara kita bekerja, berkhidmat dan membina masa depan negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI