Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-29 08:05

Telegram @anwaribrahim_official

Chairing the National Cyber ​​Security Committee Meeting to examine the cyber security threat landscape and strengthen the country's cyber preparedness and resilience. Today's meeting discussed the development of the new generation AI model (Frontier AI), including the Anthropic Mythos, as well as its implications for national cyber security. This development demands that Malaysia act faster and strategically in building its own technological capabilities. I emphasize that Malaysia must boost its mastery of strategic technology in order to be able to develop local technology pioneered by the expertise of local children. At the same time, technological development must be aligned with the integrity of the country's values, culture and identity. I also put emphasis on the development of the country's cryptology capabilities as an important foundation in protecting data, strategic communications and Malaysia's digital sovereignty in the era of artificial intelligence and quantum computing. The meeting also touched on efforts to strengthen the protection of the National Critical Information Infrastructure (NCII), increase preparedness to face post-quantum threats (PQC) and deal with new threats including the misuse of AI. When the world is increasingly driven by technology and artificial intelligence, cyber security becomes a bulwark to digital sovereignty, progress and national competitiveness. The ability to protect data, systems and critical infrastructure will be among the determinants of Malaysia's strength in the future. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara bagi meneliti landskap ancaman keselamatan siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan siber negara. Mesyuarat hari ini membicarakan perkembangan model AI generasi baharu (Frontier AI), termasuk Anthropic Mythos, serta implikasinya terhadap keselamatan siber negara. Perkembangan ini menuntut Malaysia bertindak lebih pantas dan strategik dalam membina keupayaan teknologi sendiri. Saya tegaskan bahawa Malaysia mesti melonjakkan penguasaan teknologi strategik agar mampu membangunkan teknologi tempatan yang dipelopori oleh kepakaran anak tempatan. Dalam masa yang sama, pembangunan teknologi mesti diselarikan dengan keutuhan nilai, budaya dan jati diri negara. Saya turut memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan kriptologi negara sebagai asas penting dalam melindungi data, komunikasi strategik dan kedaulatan digital Malaysia pada era kecerdasan buatan serta pengkomputeran kuantum. Mesyuarat turut menyentuh usaha memperkukuh perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman pasca-kuantum (PQC) serta menangani ancaman baharu termasuk penyalahgunaan AI. Tatkala dunia kian dipacu teknologi dan kecerdasan buatan, keselamatan siber menjadi benteng kepada kedaulatan digital, kemajuan dan daya saing negara. Keupayaan melindungi data, sistem serta infrastruktur kritikal akan menjadi antara penentu kekuatan Malaysia pada masa hadapan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI