Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-28 06:06

Telegram @anwaribrahim_official

The launch of the LRT3 Shah Alam Line today marks another important step in the effort to strengthen the country's public transport system to be more modern, efficient and integrated for the well-being of the people. This project not only provides transportation facilities, but also brings great benefits to millions of people along the line. With faster, more comfortable and reliable travel, citizens can save time and cost of daily travel, in addition to reducing traffic congestion and dependence on private vehicles. At the same time, LRT3 is expected to be a catalyst for local economic growth through transit-oriented development (TOD), which will stimulate new investment, expand business opportunities, create more job opportunities and increase the competitiveness of the areas connected by this route. A better transport network also opens up wider access to employment opportunities, educational institutions, health facilities and various important services, thus improving the quality of life of the people and ensuring that the benefits of development can be enjoyed more comprehensively and equitably. Therefore, when inaugurating the LRT3 Shah Alam Line today, I emphasized the MADANI Government's commitment to continue implementing development based on the needs of the people, strengthening the country's economic resilience and ensuring that the progress achieved benefits all levels of society, today and for generations to come. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam hari ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara yang lebih moden, cekap dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat. Projek ini bukan sekadar menyediakan kemudahan pengangkutan, malah membawa limpahan manfaat yang besar kepada jutaan penduduk di sepanjang jajaran. Dengan perjalanan yang lebih pantas, selesa dan boleh dipercayai, rakyat dapat menjimatkan masa serta kos perjalanan harian, di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. Pada masa yang sama, LRT3 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui pembangunan berorientasikan transit (TOD), yang akan merangsang pelaburan baharu, memperluas peluang perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan daya saing kawasan-kawasan yang dihubungkan oleh laluan ini. Jaringan pengangkutan yang lebih baik juga membuka akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan, institusi pendidikan, kemudahan kesihatan dan pelbagai perkhidmatan penting, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh dan saksama. Justeru sewaktu merasmikan LRT3 Laluan Shah Alam hari ini, saya tekankan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan pembangunan yang berteraskan keperluan rakyat, memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta memastikan kemajuan yang dikecapi memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat, hari ini dan untuk generasi akan datang. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI