Telegram @anwaribrahim_official
Alhamdulillah, I had the opportunity to attend the 2026 National Convention of the Profession of Syariah Lawyers in Putrajaya which brought together judges, syariah lawyers and all stakeholders in the ecosystem of the syariah justice system. I shared my experience as a Deputy Minister and together with the late Tan Sri Dr Ahmad Mohamad Ibrahim in the Islamic Consultative Body to raise the dignity of sharia courts in Malaysia. The challenge of highlighting the role of sharia court institutions at that time was not easy. Tan Sri Ahmad strongly emphasized the in-depth mastery of sharia and civil law in presenting the proposed amendment to the Federal Constitution regarding the position of sharia courts. I also did not miss Tan Sri Ahmad's reminder to read and understand comprehensively about this issue. Therefore, the evolution of the struggle to strengthen the sharia justice system in Malaysia is a long journey that requires understanding, wisdom and patience. I believe we have a strong argument in improving the position of sharia law, but it needs to be followed up with a thorough explanation to the non-Muslim community that it does not affect non-Muslim religious affairs. One of the important things in the management of syariah justice is the access of the less able to legal representation services and the defense of rights in the syariah court. Therefore, the Islamic Religious Council of the Federal Territory (MAIWP) will provide a donation of RM 1.5 million to the Syarie Lawyers Association of Malaysia (PGSM) to implement the Syarie Legal Assistance Program (BAGUS), specifically to help needy groups such as single mothers and those who cannot afford it. Hopefully this effort is in line with the aspirations of MADANI Malaysia which emphasizes courtesy, well-being and social justice, so that no group is left out of getting legal protection and proper defense. #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Alhamdulillah, saya berpeluang hadir ke Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie Tahun 2026 di Putrajaya yang mengumpulkan para hakim, peguam syarie dan seluruh pemegang taruh yang berada dalam ekosistem sistem keadilan syariah. Saya singkap pengalaman semasa menjadi Timbalan Menteri dan bersama dengan Almarhum Tan Sri Dr Ahmad Mohamad Ibrahim dalam Badan Perunding Islam untuk mengangkat martabat mahkamah syariah di Malaysia. Cabaran mengenengahkan peranan institusi mahkamah syariah ketika itu tidak mudah. Tan Sri Ahmad sangat menekankan penguasaan mendalam undang-undang syariah dan sivil dalam mengemukakan rancangan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan mahkamah syariah. Saya juga tidak terlepas dari peringatan Tan Sri Ahmad agar membaca dan memahami secara komprehensif mengenai isu ini. Oleh itu, evolusi perjuangan memperkukuhkan sistem keadilan syariah di Malaysia adalah satu perjalanan panjang yang menuntut kefahaman, hikmah dan kesabaran. Saya yakin kita mempunyai hujah yang kuat dalam meningkatkan kedudukan undang-undang syariah, namun perlu disusuli dengan penjelasan yang tuntas kepada komuniti bukan Islam bahawa ianya tidak menjejaskan urusan agama bukan Islam. Salah satu yang penting dalam pengurusan keadilan syariah adalah akses golongan yang kurang mampu kepada perkhidmatan representasi guaman dan pembelaan hak di Mahkamah Syariah. Oleh dengan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan sumbangan sebanyak RM 1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk melaksanakan Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS), khusus bagi membantu golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal serta pihak yang tidak berkemampuan. Semoga usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan ihsan, kesejahteraan dan keadilan sosial, agar tiada golongan yang tercicir daripada mendapat perlindungan undang-undang serta pembelaan yang sewajarnya. #MADANIbekerja #YakinMADANI