Telegram @anwaribrahim_official
Presiding over the 149th Menteri Besar and Chief Minister Meeting at the Parliament Building today. This meeting focused on various Government initiatives towards strengthening and restoring the country's economy following the challenges and uncertainties stemming from the conflict in West Asia which has an impact on the global economy. The meeting also examined the country's level of preparedness in facing the El Niño phenomenon which is expected to affect water supply, the agricultural sector, food security as well as the risk of extreme heat and haze. Emphasis is also placed on efforts to ensure that every policy and initiative is implemented in a more integrated, efficient and centered on the interests of the people, in addition to strengthening economic competitiveness, attracting quality investment and guaranteeing the well-being of the people throughout the country. God willing, the spirit of togetherness and agreement expressed through this meeting will continue to strengthen the relationship between the Federal Government and the State Government to ensure that the benefits of development can be felt comprehensively by all citizens. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 di Bangunan Parlimen hari ini. Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif Kerajaan ke arah memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran dan ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global. Mesyuarat turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan terhadap bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta risiko cuaca panas melampau dan jerebu. Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat ini akan terus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI