Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-20 16:09

Facebook · @anwaribrahimofficial

Last night I went to Seremban to attend the Hearts of Hearts Dinner organized by the Five Generations Organization (PLG) Malaysia with old friends who have been loyal to each other in the struggle for a long time.

A few days ago I was in Russia and Turkmenistan to hold several important meetings to ensure the country's future remains secure, especially in the energy aspect when the world is facing various uncertainties and new challenges.

I arrived in my homeland at around 3.30am before continuing my assignment in Penang and then to Seremban. The fatigue is nothing compared to the trust to ensure that our children inherit a peaceful, stable country with a better future.

I believe leadership is not about position or pomp. It is a responsibility to serve sincerely, take care of the interests of the people and do the best for the beloved country.

The real problem of the country is not racial or religious differences but corruption, corruption and those who incite hatred and racism. Malaysia's strength lies in the ability of its people to live in harmony, respect each other and move forward as a nation that shares the same ideals and future.

Thank you for your friendship, prayers and never ending support. May this ukhuwah continue to be a source of strength in our struggle to serve for the sake of our beloved religion, nation and homeland.

#MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Malam tadi saya ke Seremban untuk menghadiri Majlis Makan Malam Rimbunan Hati anjuran Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia bersama sahabat-sahabat lama yang setia bersama dalam perjuangan sejak sekian lama. Beberapa hari lalu saya berada di Rusia dan Turkmenistan untuk mengadakan beberapa pertemuan penting demi memastikan masa depan negara terus terjamin, khususnya dalam aspek tenaga tatkala dunia berdepan pelbagai ketidaktentuan dan cabaran baharu. Saya tiba di tanah air sekitar jam 3.30 pagi sebelum meneruskan tugasan di Pulau Pinang dan seterusnya ke Seremban. Keletihan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan amanah untuk memastikan anak-anak kita mewarisi sebuah negara yang aman, stabil dan mempunyai masa depan yang lebih baik. Saya percaya kepimpinan bukan soal kedudukan atau kemegahan. Ia adalah tanggungjawab untuk berkhidmat dengan ikhlas, menjaga kepentingan rakyat dan melakukan yang terbaik demi negara tercinta. Masalah sebenar negara bukanlah perbezaan kaum atau agama tetapi rasuah, penyelewengan serta mereka yang meniupkan hasutan kebencian dan perkauman. Kekuatan Malaysia terletak pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bermuafakat, saling menghormati dan bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa yang berkongsi cita-cita serta masa depan yang sama. Terima kasih atas persahabatan, doa dan sokongan yang tidak pernah putus. Semoga ukhuwah ini terus menjadi sumber kekuatan dalam perjuangan kita untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI