Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-20 00:29

Telegram @anwaribrahim_official

Before leaving home, President Serdar Berdimuhamedov and I attended the Malaysia-Turkmenistan Forum which brought together industry leaders and the business community of both countries to explore wider and meaningful cooperation opportunities. I emphasize that the relationship between Malaysia and Turkmenistan today has grown far beyond the oil and gas sector. Based on the trust and friendship that has been built for so long, the two countries are now committed to expanding cooperation in strategic areas including education, TVET, artificial intelligence (AI), semiconductors and human capital development. This year also marks the 30th anniversary of PETRONAS' presence in Turkmenistan. This success proves that cooperation based on respect, sharing expertise and technology transfer is capable of generating lasting benefits for both countries. I also touched upon the work of the great Turkmen poet, Magtymguly Pyragy, who reminds that when the heart, mind and soul are united by a common goal, all challenges can be overcome. That spirit is the basis of today's relationship between Malaysia and Turkmenistan. The two of us then witnessed the signing of several important documents, including: 🤝 Framework Agreement between the Government of Turkmenistan and the Government of Malaysia on Long-Term Cooperation for the Development of Turkmenistan's Hydrocarbon Resources. 🤝 Production Sharing Agreement (PSA) for Block 19 and Block 20 between PETRONAS and State Concern Turkmennebit and State Enterprise Hazarnebit. 🤝 Cooperation Agreement for the Implementation of 2D Seismic Surveys for the North Offshore Blocks between PETRONAS and State Concern Turkmennebit. I am confident that the agreement reached will open a new chapter in the relationship between the two countries, thus becoming an example of how Southern Countries (Global South) can build mutually beneficial cooperation for the progress and prosperity of the people. 🇲🇾 🇹🇲 #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI #Civil Diplomacy

Notes

Sebelum berlepas pulang, saya dan Presiden Serdar Berdimuhamedov menghadiri Forum Malaysia-Turkmenistan yang menghimpunkan pemimpin industri serta komuniti perniagaan kedua-dua negara bagi meneroka peluang kerjasama yang lebih luas dan bermakna. Saya menegaskan bahawa hubungan Malaysia dan Turkmenistan hari ini telah berkembang jauh melangkaui sektor minyak dan gas. Berteraskan kepercayaan dan persahabatan yang telah terbina sekian lama, kedua-dua negara kini komited memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pendidikan, TVET, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pembangunan modal insan. Tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-30 kehadiran PETRONAS di Turkmenistan. Kejayaan ini membuktikan bahawa kerjasama yang diasaskan atas rasa hormat, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi mampu melahirkan manfaat yang berkekalan kepada kedua-dua negara. Saya juga menyentuh karya pujangga agung Turkmenistan, Magtymguly Pyragy, yang mengingatkan bahawa apabila hati, fikiran dan jiwa disatukan oleh tujuan sama, segala cabaran mampu diharungi. Semangat itulah yang menjadi asas hubungan Malaysia dan Turkmenistan hari ini. Kami berdua kemudian menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen penting, antaranya: 🤝 Perjanjian Rangka Kerja antara Kerajaan Turkmenistan dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama Jangka Panjang bagi Pembangunan Sumber Hidrokarbon Turkmenistan. 🤝 Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement, PSA) bagi Blok 19 dan Blok 20 antara PETRONAS dan State Concern Turkmennebit serta State Enterprise Hazarnebit. 🤝 Perjanjian Kerjasama bagi Pelaksanaan Kajian Seismik 2D untuk Blok-Blok Luar Pesisir Utara antara PETRONAS dan State Concern Turkmennebit. Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan membuka lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara, sekali gus menjadi contoh bagaimana Negara-Negara Selatan (Global South) dapat membina kerjasama yang saling menguntungkan demi kemajuan dan kemakmuran rakyat. 🇲🇾 🇹🇲 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI