Telegram @anwaribrahim_official
Delivering a State Statement in conjunction with the ASEAN-Russia Commemorative Summit, which is an important field for strengthening strategic cooperation between ASEAN and the Russian Federation in an increasingly challenging and uncertain world environment. I insist that dialogue and diplomacy must continue to be the basis in dealing with various conflicts and geopolitical tensions that are happening. Malaysia remains adamant that lasting peace can only be achieved through negotiation, understanding and respect for international law. I also emphasized the importance of strengthening cooperation in the fields of trade and investment, digital, science and technology, artificial intelligence (AI), energy, food security, halal industry and relations between people in order to generate greater benefits for ASEAN countries and the Russian Federation. Touching on developments in West Asia, I once again reiterated Malaysia's position that demands that the violence in Gaza cease immediately, that humanitarian aid be channeled without hindrance and that the right of the Palestinian people to determine their own future continues to be defended. Malaysia also condemned the expansion of the Israeli Zionist regime's military actions into Lebanon and condemned any attack on the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). I believe ASEAN and Russia have a wide space to strengthen cooperation based on respect, mutual benefit and commitment to global peace, stability and prosperity. ====== Delivered Malaysia's National Statement at the ASEAN-Russia Commemorative Summit. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #Civil Diplomacy #ASEANRussia
Notes
Menyampaikan Kenyataan Negara sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, yang menjadi medan penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara ASEAN dan Persekutuan Rusia dalam suasana dunia yang kian mencabar dan tidak menentu. Saya menegaskan bahawa dialog dan diplomasi mesti terus menjadi asas dalam menangani pelbagai konflik serta ketegangan geopolitik yang sedang berlaku. Malaysia kekal berpegang bahawa keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui rundingan, persefahaman dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa. Saya turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, digital, sains dan teknologi, kecerdasan buatan (AI), tenaga, keterjaminan makanan, industri halal serta hubungan antara rakyat demi menjana manfaat yang lebih besar kepada negara-negara ASEAN dan Persekutuan Rusia. Menyentuh perkembangan di Asia Barat, saya sekali lagi mengulangi pendirian Malaysia yang menuntut agar keganasan di Gaza dihentikan serta-merta, bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan dan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri terus dipertahankan. Malaysia juga mengecam perluasan tindakan ketenteraan rejim Zionis Israel ke Lubnan serta mengutuk sebarang serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Saya percaya ASEAN dan Rusia punyai ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama berasaskan hormat, manfaat bersama serta komitmen terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat. ====== Delivered Malaysia’s National Statement at the ASEAN-Russia Commemorative Summit. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #DiplomasiMADANI #ASEANRussia