Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-18 12:18

Telegram @anwaribrahim_official

During the Working Lunch session with the Leaders of ASEAN and Russia, I stressed that every regional cooperation must be translated into benefits that can be felt by the people and the business community. Malaysia is of the view that the regional integration process must be open, inclusive, transparent and complementary, while contributing to peace, stability, trade, connectivity and development. I also emphasized that ASEAN's cooperation with the Shanghai Cooperation Organization (SCO) and the Eurasian Economic Union (EAEU) should be based on ASEAN's priorities and focus on tangible and meaningful results. In the ASEAN-SCO context, Malaysia identified cross-border crime and energy cooperation as two priority areas that should be strengthened through expertise sharing, capacity building and joint efforts. For ASEAN-EAEU, Malaysia calls for increased private sector involvement, particularly in helping small and medium-sized enterprises expand market access, adapt technology and improve skills. Malaysia is also at the center of the digital economy, artificial intelligence (AI), cyber security and food security as strategic areas that have the potential to bring great benefits to all parties. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #Civil Diplomacy #ASEANRussia

Notes

Semasa sesi Working Lunch bersama Pemimpin-Pemimpin ASEAN dan Rusia, saya menegaskan bahawa setiap kerjasama serantau mesti diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat dan komuniti perniagaan. Malaysia berpandangan bahawa proses integrasi serantau perlu bersifat terbuka, inklusif, telus dan saling melengkapi, di samping menyumbang kepada keamanan, kestabilan, perdagangan, keterhubungan serta pembangunan. Saya turut menekankan bahawa kerjasama ASEAN dengan Shanghai Cooperation Organisation (SCO) dan Eurasian Economic Union (EAEU) perlu berteraskan keutamaan ASEAN serta memberi tumpuan kepada hasil yang nyata dan bermakna. Dalam konteks ASEAN-SCO, Malaysia mengenal pasti jenayah rentas sempadan dan kerjasama tenaga sebagai dua bidang keutamaan yang wajar diperkukuh melalui perkongsian kepakaran, pembinaan kapasiti dan usaha bersama. Bagi ASEAN-EAEU, Malaysia menggesa agar penglibatan sektor swasta dipertingkatkan, khususnya dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana memperluas akses pasaran, mengadaptasi teknologi serta meningkatkan kemahiran. Malaysia turut ketengah ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan keterjaminan makanan sebagai bidang strategik yang berpotensi membawa manfaat besar kepada semua pihak. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #DiplomasiMADANI #ASEANRussia