Telegram @anwaribrahim_official
After arriving in Kazan, I had a meeting with my friend who is also the President or Head of the Republic of Tatarstan, Rustam Minnikhanov, to exchange views on relations and cooperation opportunities that can be explored for the benefit of both parties. I also congratulate Kazan on its recognition as a Cultural City of the Islamic World 2026 by ICESCO, which reflects its role as a center of Islamic knowledge, culture and innovation. I also appreciate the vision of President Vladimir Putin in establishing the Strategic Vision Group (SVG), which acts as an important bridge between Russia and the Islamic world in strengthening dialogue and more meaningful cooperation. We discussed the potential of expanding cooperation in various fields including trade, investment, education, tourism, halal industry, technology and talent development. The energy sector is also a major focus since Tatarstan is one of the main oil producing regions in the Russian Federation. We see vast scope for collaboration in the oil and gas industry, including downstream activities, refining and petrochemicals. We touched on the role of KazanForum in strengthening business relations, in addition to opening up new opportunities in the field of innovation, digital economy and strategic investment. Hopefully this meeting will continue to strengthen the relationship between Malaysia and Tatarstan and open up more opportunities for cooperation that will bring real benefits to the people and the economy of both parties. ====== Had a productive meeting with the President of the Republic of Tatarstan, Rustam Minnikhanov. 🇲🇾 🇷🇺 #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI #Civil Diplomacy
Notes
Usai tiba di Kazan, saya telah mengadakan pertemuan dengan sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan serta peluang kerjasama yang boleh diteroka demi manfaat kedua-dua pihak. Saya turut rakamkan ucapan tahniah kepada Kazan atas pengiktirafannya sebagai Bandar Kebudayaan Dunia Islam 2026 oleh ICESCO, yang mencerminkan peranannya sebagai pusat keilmuan Islam, kebudayaan dan inovasi. Saya juga menghargai visi Presiden Vladimir Putin dalam mewujudkan Strategic Vision Group (SVG), yang berperanan sebagai jambatan penting antara Rusia dan dunia Islam dalam memperkukuh dialog serta kerjasama yang lebih bermakna. Kami membincangkan potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, industri halal, teknologi dan pembangunan bakat. Sektor tenaga turut menjadi fokus utama memandangkan Tatarstan merupakan antara wilayah pengeluar minyak utama di Persekutuan Rusia. Kami melihat ruang kerjasama yang luas dalam industri minyak dan gas, termasuk aktiviti hiliran, penapisan serta petrokimia. Kami menyentuh peranan KazanForum dalam memperkukuh hubungan perniagaan, selain membuka peluang baharu dalam bidang inovasi, ekonomi digital dan pelaburan strategik. Semoga pertemuan ini terus mempererat hubungan Malaysia dan Tatarstan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi kedua-dua pihak. ====== Had a productive meeting with the Rais of the Republic of Tatarstan, Rustam Minnikhanov. 🇲🇾 🇷🇺 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI