announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-16 12:41

Telegram @anwaribrahim_official

An example from the Hijrah event that the Prophet SAW went through saw the instrumental role of young people like Saidina Ali Abi Talib, the contribution of women like Asma Abu Bakar and many companions organized and became part of the history of the Prophet's Hijrah to Medina as something unique and special. The success of the Hijrah of Rasulullah SAW is a team effort based on the unity of faith that is under the protection of Allah SWT. Manifesting the spirit of Hijrah in current reality is not easy. It requires the agreement and cooperation of the community network with its diversity. Success will not come only with the rhetoric of slogans and enthusiasm alone, but must be done together with full patience towards victory. Therefore, the will and hope of reforming the essence of Hijrah to uphold justice, the rule of truth, spreading prosperity and guaranteeing safety should be a joint effort and not owned by anyone. We are immersed in the spirit of migration and all the noble lessons learned, but in achieving these ideals of change and renewal, cooperation and unity are very valuable in achieving success. The words of Allah SWT: وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ ِي الَْرْضِ مُراغَمً كَثيرً وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرْ مَيْرْجْ مَيْتِهِ مُحَاجِرًا إِلَى اللَّّ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْكُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ اَلَى اللَّهِ Meaning: And whoever migrates in the way of Allah (to defend and establish Islam), he will surely find on this earth a place of migration and a prosperous sustenance; and whoever leaves his house with the intention of emigrating to Allah and His Messenger, then he dies (on the way), then indeed the reward of his emigration has remained with Allah. And (remember) Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful. Hijrah Is Sacrifice, Hijrah is a struggle, Hijrah is brotherhood, Hijrah Forms Unity. Greetings Maal Hijrah 1448H.

Notes

Teladan daripada peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW menyaksikan peranan instrumental anak muda seperti Saidina Ali Abi Talib, sumbangan wanita seperti Asma Abu Bakar dan ramai sahabat mengatur dan menjadi sebahagian daripada sejarah Hijrah Nabi ke Madinah sebagai suatu yang unik dan istimewa. Kejayaan Hijrah Rasulullah SAW adalah ikhtiar berpasukan atas kesatuan iman yang berada dalam lindungan Allah SWT. Menzahirkan semangat Hijrah dalam realiti semasa tidak mudah. Ianya perlukan kesepakatan dan kerjasama rangkaian komuniti dengan kepelbagaiannya. Kejayaan tidak akan hadir hanya dengan retorik slogan dan semangat bersendirian, tapi harus dilakukan bersama dengan penuh kesabaran menuju kemenangan. Oleh itu, kemahuan dan harapan melakukan pembaharuan atas esensi Hijrah untuk menegakkan keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjaminnya keselamatan harus menjadi ikhitiar bersama dan bukan milik sesiapa. Kita selami semangat hijrah dan segala pengajaran mulia yang terpahat, namun dalam mencapai cita-cita perubahan dan pembaharuan ini, kerjasama dan perpaduan amat bernilai dalam menggapai kejayaan. Firman Allah SWT: وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan. Salam Maal Hijrah 1448H.