Telegram @anwaribrahim_official
Alhamdulillah, today I celebrate the President of the Democratic Republic of Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta in a luncheon in conjunction with his special visit to Malaysia and continued to strengthen mutually beneficial cooperation for the well-being of the people of both countries. As a neighboring country and a member of the large ASEAN family, Malaysia welcomes efforts to strengthen regional relations based on the spirit of togetherness, mutual respect and shared responsibility in preserving the peace, stability and prosperity of the region. In the banquet, we also exchanged views on efforts to expand cooperation in the field of economy and trade, strategic investment, human capital development, education and technical training, in addition to exploring new opportunities capable of generating sustainable growth and opening up a wider space for progress for the young generation of both countries. Hopefully this close relationship will continue to be strengthened for the mutual benefit of the people of Malaysia and Timor-Leste, as well as the progress of ASEAN as a whole. 🇲🇾 🤝 🇹🇱 #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI #Civil Diplomacy
Notes
Alhamdulillah, hari ini saya meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari sempena lawatan khas beliau ke Malaysia lantas terus memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Sebagai negara jiran dan anggota keluarga besar ASEAN, Malaysia menyambut baik usaha mempererat hubungan serantau berasaskan semangat kebersamaan, saling menghormati dan tanggungjawab bersama dalam memelihara keamanan, kestabilan serta kemakmuran rantau ini. Dalam jamuan itu, kami turut bertukar pandangan mengenai usaha memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan strategik, pembangunan modal insan, pendidikan dan latihan teknikal, selain meneroka peluang baharu yang mampu menjana pertumbuhan mampan serta membuka ruang kemajuan yang lebih luas kepada generasi muda kedua-dua negara. Mudah-mudahan hubungan erat yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Timor-Leste, serta kemajuan ASEAN secara keseluruhannya. 🇲🇾 🤝 🇹🇱 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI