announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-15 10:09

Telegram @anwaribrahim_official

Today is a very meaningful and happy moment, not only for the residents of Rumah Panjang Bukit Kiara, but also proof that an administration based on CIVIL values ​​always puts justice, courtesy and the dignity of the people as a priority. After 44 years of living in a temporary settlement in all sorts of limitations, we finally got to witness the Ground Breaking Ceremony for Bukit Kiara Longhouse Residents' Permanent Housing as a final step towards a solution that has been awaited for a long time. My speech during the ceremony touched on the Government's efforts to examine the best way to unravel the problems that have been lingering for a long time and appreciation to all parties involved in order to ensure that the people get their rights and guarantee a more orderly and dignified life. This experience taught us about the importance of respecting the legal process as well as state institutions and the Government remains steadfast in the principle that the rights and welfare of the needy must continue to be preserved, with justice enjoyed by all citizens regardless of race, religion or background in addition to ensuring that the agenda of defending the fate of the urban poor continues to be a priority. The development we carry out must be inclusive and bring benefits to all levels of society, because the real progress of a country only means when no people are left out or marginalized from the current of development. At the ceremony, I also announced the allocation of a grant amounting to RM1 million to help ease the burden of longhouse residents through the provision of housing maintenance subsidies for a period of three years which will be managed by DBKL as part of the MADANI Government's commitment to ensure the well-being and quality of life of residents continue to be maintained after they move to new settlements. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Hari ini merupakan detik yang amat bermakna dan membahagiakan, bukan sahaja buat penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, malah menjadi bukti bahawa pentadbiran yang berteraskan nilai MADANI sentiasa mengangkat keadilan, ihsan dan martabat rakyat sebagai keutamaan. Setelah 44 tahun menghuni penempatan sementara dalam serba keterbatasan, akhirnya kita dapat menyaksikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara sebagai langkah tuntas ke arah penyelesaian yang sekian lama dinantikan. Ucapan saya sewaktu majlis tersebut menyentuh usaha Kerajaan yang meneliti jalan terbaik bagi merungkai permasalahan yang berlarutan sejak sekian lama dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat demi memastikan penduduk memperoleh hak serta jaminan kehidupan yang lebih teratur dan bermaruah. Pengalaman ini mengajar kita tentang pentingnya menghormati proses perundangan serta institusi negara dan Kerajaan tetap berpegang teguh kepada prinsip bahawa hak dan kebajikan golongan yang memerlukan mesti terus dipelihara, dengan keadilan yang dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang selain memastikan agenda membela nasib golongan miskin bandar terus menjadi keutamaan. Pembangunan yang kita laksanakan mestilah bersifat inklusif dan membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat, kerana kemajuan sebenar sesebuah negara hanya bermakna apabila tiada rakyat yang tercicir atau dipinggirkan daripada arus pembangunan. Di majlis tersebut, saya turut mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM1 juta bagi membantu meringankan beban penduduk rumah panjang melalui penyediaan subsidi penyelenggaraan kediaman untuk tempoh tiga tahun yang akan diuruskan DBKL sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk terus terpelihara selepas mereka berpindah ke penempatan baharu. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI