Telegram @anwaribrahim_official
For the purpose of strengthening the monitoring of Bumiputera development programs, particularly initiatives under PuTERA35, the Bumiputera Agenda Leadership Unit (TERAJU), which is currently being monitored by the Ministry of Economy, has been transferred to an agency under the Prime Minister's Department (JPM). This matter was agreed upon when I chaired the Bumiputera Economic Council (MEB) Meeting Number 2 of 2026 today and the move is a continuation of the efforts to empower Bumiputera institutions that have been initiated through the centralization of Bumiputera Property Investment (PHB) and Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) under the Bumiputra Investment Foundation (YPB). To date, the overall achievement of PuTERA35 has reached 64.6 percent with 160 of the 493 planned programs successfully implemented, thus this development reflects the ongoing commitment of the MADANI Government in ensuring that the Bumiputera development agenda is translated into tangible results and directly benefits the people. The meeting was also informed that Government Linked Investment Companies (GLIC) and Government Linked Companies (GLC) spent RM49.2 billion last year, particularly through procurement from Bumiputera vendors and suppliers. At the same time, GLIC's investment commitment in Bumiputera businesses was increased to RM2 billion for 2026 compared to RM1.3 billion in the previous year, including through the Larian Ganti Bumiputera initiative which aims to expand access to financing and investment to Bumiputera entrepreneurs at every stage of growth. Khazanah Nasional Berhad will launch the Innovation Fund with an allocation of RM200 million to support mid-tier Bumiputera companies, thereby strengthening their ability to grow, compete and penetrate a wider market. In addition, the meeting also examined the resolution of the Bumiputera Education Congress 2026 that took place on May 1, where further research will be done on several strategic proposals, including the establishment of the National Tahfiz Council, so that efforts to empower education and the development of Bumiputera human capital can be implemented more comprehensively and effectively. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI #ECONOMYMADANI
Notes
Bagi tujuan memantapkan pemantauan program pembangunan Bumiputera, khususnya inisiatif di bawah PuTERA35, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang kini dipantau Kementerian Ekonomi, dipindahkan menjadi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Perkara ini dipersetujui sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 2 Tahun 2026 hari ini dan langkah tersebut merupakan kesinambungan kepada usaha pemerkasaan institusi Bumiputera yang telah dimulakan melalui pemusatan Pelaburan Hartanah Bumiputera (PHB) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB). Sehingga kini, pencapaian keseluruhan PuTERA35 telah mencecah 64.6 peratus dengan 160 daripada 493 program yang dirancang berjaya dilaksanakan lantas perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan agenda pembangunan Bumiputera diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan memberi manfaat langsung kepada rakyat. Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah membelanjakan sebanyak RM49.2 bilion pada tahun lepas, khususnya melalui perolehan daripada vendor dan pembekal Bumiputera. Pada masa yang sama, komitmen pelaburan GLIC dalam perniagaan Bumiputera ditingkatkan kepada RM2 bilion bagi tahun 2026 berbanding RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya, termasuk menerusi inisiatif Larian Ganti Bumiputera yang bertujuan memperluas akses pembiayaan dan pelaburan kepada usahawan Bumiputera di setiap peringkat pertumbuhan. Khazanah Nasional Berhad pula akan melancarkan Dana Ciptawan dengan peruntukan RM200 juta bagi menyokong syarikat Bumiputera peringkat pertengahan (mid-tier companies), sekali gus memperkukuh keupayaan mereka untuk berkembang, bersaing dan menembusi pasaran yang lebih luas. Selain itu, mesyuarat turut meneliti resolusi Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung pada 1 Mei lalu, yang mana penelitian lanjut akan dibuat terhadap beberapa cadangan strategik, termasuk penubuhan Majlis Tahfiz Negara, agar usaha memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan Bumiputera dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI