announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-14 13:31

Telegram @anwaribrahim_official

This evening I received a visit from the Secretary General Rabithah al-Alam al-Islami (Muslim World League), Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Alissa in Putrajaya to exchange views on the development of the Islamic world and efforts to strengthen understanding between religions. We touched on the success of the 3rd International Religious Leaders Summit in Kuala Lumpur recently which successfully brought together religious figures, scholars and community leaders from various backgrounds and countries. This platform is very important in building understanding, bridging differences and fostering a culture of mature dialogue. He also shared his views on Malaysia's role in strengthening relations between the Muslim world and the international community, including efforts to build a bridge of understanding between East and West. I appreciate the active role of this body in promoting moderation, peace and interfaith cooperation at a time when the world is facing various conflicts and tensions that are escalating. In this meeting, we also touched on the position of the Islamic world and the need to strengthen the strength of the people through education, economic development, mastery of knowledge and technology, in addition to raising the values โ€‹โ€‹of justice, kindness and universal humanity. We also agreed that a more peaceful and stable future can only be built through continuous dialogue, mutual respect and openness forging closer relationships between communities and followers of various religions around the world. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Petang tadi saya menerima kunjungan Setiausaha Agung Rabithah al-Alam al-Islami (Muslim World League), Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Alissa di Putrajaya untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan dunia Islam serta usaha memperkukuh persefahaman antara agama. Kami menyentuh kejayaan Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-3 di Kuala Lumpur baru-baru ini yang berjaya menghimpunkan tokoh agama, cendekiawan dan pemimpin masyarakat dari pelbagai latar belakang serta negara. Platform ini amat penting dalam membina persefahaman, merapatkan jurang perbezaan serta memupuk budaya dialog yang matang. Beliau turut berkongsi pandangan mengenai peranan Malaysia dalam memperkukuh hubungan antara dunia Islam dengan masyarakat antarabangsa, termasuk usaha membina jambatan persefahaman antara Timur dan Barat. Saya menghargai peranan aktif badan ini dalam mempromosikan kesederhanaan, keamanan serta kerjasama rentas agama pada saat dunia berdepan pelbagai konflik dan ketegangan yang semakin meruncing. Dalam pertemuan ini, kami turut menyentuh kedudukan dunia Islam serta keperluan untuk memperkukuh kekuatan umat melalui pendidikan, pembangunan ekonomi, penguasaan ilmu dan teknologi, di samping mengangkat nilai keadilan, ihsan dan kemanusiaan sejagat. Kami juga sepakat bahawa masa depan yang lebih aman dan stabil hanya dapat dibina melalui dialog yang berterusan, sikap saling menghormati serta keterbukaan menjalin hubungan lebih erat antara masyarakat dan penganut pelbagai agama di seluruh dunia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI