announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-13 09:30

Telegram @anwaribrahim_official

Alhamdulillah, this evening I had the opportunity to celebrate the participants of the "Melangka Bersama MADANI: Women of Faith, Women of Resilience" program in Kota Kinabalu which brought together the participation of women from all over Sabah. On this occasion, I express my appreciation for the great role and contribution of women who are always a pillar of strength for the family, society and country. Women should not be marginalized in the national development agenda because they are one of the main pillars in producing a generation that is knowledgeable, moral, resilient and has a high value of courtesy to achieve aspirations CIVIL Malaysia. I mentioned that every human being will definitely be tested and will not escape from life's challenges and trials. But with the guidance of Allah SWT, as well as taking cues from the personalities of the Prophets and pious people, every test must be overcome with wisdom, patience and fortitude. In the face of all challenges, the strength of faith, mastery of knowledge and moral integrity will continue to be important supplies to build a prosperous family, a resilient society and a developed and dignified country. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan meraikan para peserta program “Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan” di Kota Kinabalu yang menghimpunkan penyertaan wanita dari seluruh Sabah. Dalam kesempatan ini, saya menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan besar wanita yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan keluarga, masyarakat serta negara. Wanita tidak boleh dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara kerana merekalah antara tunjang utama dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berdaya tahan serta mempunyai nilai ihsan yang tinggi bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Saya singgung bahawa setiap insan pasti akan diuji dan tidak terlepas daripada cabaran serta dugaan kehidupan. Namun dengan panduan Allah SWT, serta mengambil iktibar daripada keperibadian para Nabi dan insan soleh, setiap ujian harus ditempuh dengan hikmah, kesabaran dan keteguhan jiwa. Dalam menghadapi segala tantangan, kekuatan iman, penguasaan ilmu dan keutuhan akhlak akan terus menjadi bekalan penting untuk membina keluarga yang sejahtera, masyarakat yang berdaya tahan dan negara yang maju serta bermaruah. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI