Telegram @anwaribrahim_official
Unity cannot be considered as something that will last by itself and it must continue to be nurtured with wisdom, patience and continuous efforts, while rejecting all forms of actions that can divide society. History teaches us that Malaysia is able to remain united in diversity because of visionary leadership that celebrates differences as strength. Great figures such as Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Temenggong Jugah, Tun Mustapha Harun and Tun Fuad Stephens have laid a solid foundation of unity, proving that diversity is not an obstacle, but rather a source of strength in building a peaceful, stable and developed country. I emphasized this when speaking at the National Unity Week Celebration in Kota Kinabalu, Sabah while reminding that unity can only be maintained if we continue to practice maturity, sanity and wisdom in politics and in managing differences. The spirit of the nation that has been built with great effort must continue to be strengthened based on respect, mutual trust and a willingness to put national interests above all differences and narrow interests. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Perpaduan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang akan kekal dengan sendirinya dan ia mesti terus dipupuk dengan kebijaksanaan, kesabaran dan ikhtiar yang berterusan, sambil menolak segala bentuk tindakan yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Sejarah mengajar kita bahawa Malaysia mampu kekal bersatu dalam kepelbagaian kerana wujudnya kepimpinan berwawasan yang meraikan perbezaan sebagai kekuatan. Tokoh-tokoh besar seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Temenggong Jugah, Tun Mustapha Harun serta Tun Fuad Stephens telah meletakkan asas perpaduan yang kukuh, membuktikan bahawa kemajmukan bukan halangan, sebaliknya sumber kekuatan dalam membina sebuah negara yang aman, stabil dan maju. Saya tekankan perkara tersebut sewaktu berucap pada Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah sambil mengingatkan bahawa perpaduan hanya dapat dipertahankan sekiranya kita terus mengamalkan kematangan, kewarasan dan kebijaksanaan dalam berpolitik serta dalam mengurus perbezaan. Semangat negara bangsa yang telah dibina dengan susah payah ini mesti terus diperkukuh berlandaskan rasa hormat, saling percaya dan kesediaan untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi segala perbezaan dan kepentingan sempit. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI