Telegram @anwaribrahim_official
Arrived in Kota Kinabalu Sabah today to review the progress of the Sabah Southern MADANI Link Project, Sipitang, a strategic initiative that will strengthen the state's electricity transmission system, improve energy security and support the development of renewable energy sources to ensure a more stable, sustainable and reliable electricity supply. During my speech, I emphasized that the real measure of the success of a project is not just the investment figures or the economic growth generated, but the extent to which the benefits are felt by the people, especially the communities in rural areas who have long needed access to better facilities and development opportunities. Thus, a challenging and high-impact project like this is very important for Sabah and the country because it opens the door to greater participation in the ASEAN Energy Grid initiative, thus positioning Malaysia as a strategic regional energy hub. This position demands wisdom in planning, diligence in implementation as well as continuous commitment to ensure that development results are translated into better facilities, reasonable costs and a more prosperous life for the people. Hopefully this project can be completed according to schedule and become a catalyst for more inclusive development, bridging the development gap between urban and rural areas, as well as bringing an abundance of prosperity that can be enjoyed by all the people of Sabah and Malaysia in general. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Tiba di Kota Kinabalu Sabah hari ini bagi meninjau kemajuan Projek Sabah Southern MADANI Link, Sipitang, sebuah inisiatif strategik yang bakal memperkukuh sistem penghantaran elektrik negeri, meningkatkan keselamatan tenaga serta menyokong pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui demi menjamin bekalan elektrik yang lebih stabil, mampan dan berdaya harap. Sewaktu berucap, saya tegaskan ukuran sebenar kejayaan sesuatu projek bukan sekadar pada angka pelaburan atau pertumbuhan ekonomi yang dijana, tetapi sejauh mana manfaatnya dirasai oleh rakyat, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman yang sekian lama memerlukan akses kepada kemudahan dan peluang pembangunan yang lebih baik. Justeru, projek yang mencabar dan berimpak tinggi seperti ini amat penting bagi Sabah dan negara kerana ia membuka ruang kepada penyertaan yang lebih besar dalam inisiatif ASEAN Energy Grid, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab penghubung tenaga serantau yang strategik. Kedudukan ini menuntut kebijaksanaan dalam perancangan, ketekunan dalam pelaksanaan serta iltizam berterusan untuk memastikan hasil pembangunan diterjemahkan kepada kemudahan yang lebih baik, kos yang berpatutan dan kehidupan yang lebih sejahtera buat rakyat. Semoga projek ini dapat disiapkan mengikut jadual serta menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih inklusif, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, serta membawa limpahan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah dan Malaysia amnya. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI