announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-13 01:05

Telegram @anwaribrahim_official

The long history of mankind teaches that building a nation or a civilization requires a high level of patience, wisdom and wisdom, avoiding reckless behavior, as well as having an intact and accurate commitment. However, it is easy to destroy it, namely by inciting hatred, widening differences and arrogant attitudes that are allowed to inflame. For that reason, we must dare to reject a political culture that makes difference a vehicle for achieving power. Meanwhile, Malaysia was not built on the basis of hatred between races or religions. Then, Malaysia was built from the willingness of previous generations and leaders who tried to find and create meeting points in diversity and raise the dignity of the country together. As a result, the future of the country should not be shaped by those who break it. In fact, the future of the country must be led and steered by those who dare to unite, serve hard and translate the trust of the people with a high sense of responsibility. That was one of my messages when I launched the Pakatan Harapan election machinery for Negeri Sembilan last night. #PakatanHarapan #TranslatingHope

Notes

Sejarah panjang manusia mengajar bahawa membina sesebuah negara atau tamadun, ia menuntut kesabaran yang tinggi, hikmah dan kebijaksanaan, mengelak sikap gopoh, serta punyai iltizam yang utuh dan jitu. Namun, untuk meruntuhkannya mudah, yakni dengan memicu kebencian, melebar perbezaan dan sikap angkuh yang dibiar menyemarak. Atas sebab itu, kita mesti berani menolak budaya politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana mencapai kuasa. Sementalahan, Malaysia tidak dibina atas asas kebencian antara kaum mahupun agama. Lantas, Malaysia terbina dari kesediaan generasi dan pemuka terdahulu yang berusaha mencari dan mencipta titik temu dalam kepelbagaian dan mengangkat martabat negara secara bersama. Walhasil, masa depan negara tidak harus dicorak oleh mereka yang memecahkan. Malah, masa depan negara mesti dipimpin dan dikemudi oleh mereka yang berani menyatukan, tegar berkhidmat dan menterjemah amanah rakyat dengan sikap tanggungjawab yang tinggi. Itu antara mesej saya sewaktu meluncurkan jentera pilianraya Pakatan Harapan untuk Negeri Sembilan malam tadi. #PakatanHarapan #MenterjemahHarapan