Telegram @anwaribrahim_official
On the sidelines of the Third International Religious Leaders' Summit this afternoon, I also had the opportunity to meet and exchange views with religious leaders and scholars from various countries. I share the experience of Malaysia as a country built on the diversity of races, languages ββand religions. Managing a diverse society is not an easy task, let alone in an environment that often faces various challenges and differences of opinion. However, I believe that mutual respect, simplicity and understanding between communities is an important foundation in guaranteeing the stability and progress of the country. In the meeting, I also emphasized the importance of values, manners and scientific traditions inherited by scholars and religious people. Strong traditions of knowledge, whether based on classical heritage or current approaches, must continue to be strengthened to guide society in facing the challenges of an increasingly complex world. I also received various constructive views and feedback related to efforts to expand education, strengthen the understanding of Islam and develop a society based on knowledge and humane values. I express Malaysia's willingness to explore a space of cooperation that can benefit Muslims and the global community. In the dialogue session, I also explained that although Malaysia is often used as an example of harmony in a pluralistic society, we are also not immune to challenges such as racial sentiments, hatred based on religion and race and various accusations that try to divide society. However, I believe the best answer to hatred is not anger, but rather patience, wisdom and good morals. When faced with the incident of burning the Quran, for example, Malaysia chose to give a positive response by expanding efforts to print and distribute a million copies of the Quran along with translations in various languages. Hopefully efforts like this can continue to enrich the culture of knowledge, strengthen understanding between the community and present the true face of Islam, which is a religion that brings mercy, justice and kindness to all mankind. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Di sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga petang tadi, saya turut berkesempatan mengadakan pertemuan dan bertukar pandangan dengan pimpinan agama serta cendekiawan dari pelbagai negara. Saya berkongsi pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian kaum, bahasa dan agama. Mengurus sebuah masyarakat majmuk bukan tugas yang mudah, apatah lagi dalam suasana yang sering berdepan pelbagai cabaran dan perbezaan pandangan. Namun, saya percaya bahawa sikap saling menghormati, kesederhanaan dan kefahaman antara masyarakat merupakan asas penting dalam menjamin kestabilan serta kemajuan negara. Dalam pertemuan tersebut, saya turut menekankan peri pentingnya nilai, adab dan tradisi keilmuan yang diwariskan oleh para ulama dan agamawan. Tradisi ilmu yang kukuh, sama ada berteraskan warisan klasik mahupun pendekatan semasa, harus terus diperkasa bagi membimbing masyarakat menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks. Saya juga menerima pelbagai pandangan dan maklum balas yang membina terkait usaha memperluas pendidikan, memperkukuh kefahaman Islam serta membangunkan masyarakat yang berteraskan ilmu dan nilai kemanusiaan. Saya menyatakan kesediaan Malaysia untuk meneroka ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat sejagat. Dalam sesi dialog itu, saya turut menjelaskan bahawa meskipun Malaysia sering dijadikan contoh keharmonian dalam masyarakat majmuk, kita juga tidak terlepas daripada cabaran seperti sentimen perkauman, kebencian berasaskan agama dan bangsa serta pelbagai tohmahan yang cuba memecah-belahkan masyarakat. Namun, saya percaya jawapan terbaik terhadap kebencian bukanlah kemarahan, sebaliknya kesabaran, kebijaksanaan dan akhlak yang baik. Ketika berdepan insiden pembakaran al-Quran misalnya, Malaysia memilih untuk memberikan respons yang positif dengan memperluas usaha mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran berserta terjemahan dalam pelbagai bahasa. Mudah-mudahan ikhtiar seperti ini dapat terus menyuburkan budaya ilmu, memperkukuh persefahaman antara masyarakat dan menampilkan wajah Islam yang sebenar yakni agama yang membawa rahmah, keadilan dan ihsan kepada seluruh umat manusia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI