announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-12 13:08

Telegram @anwaribrahim_official

Had the opportunity to deliver a speech at the Third International Religious Leaders Summit which brought together religious leaders, scholars, scholars, academics and policy makers from 31 countries. Praying for the abundant favor of His Majesty the Sultan of Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah delivered the keynote speech to inaugurate this Summit. In a world that is increasingly laden with conflict, division and uncertainty, the role of religious leaders as the voice of conscience, moderation and wisdom becomes increasingly important. I insist that peace cannot be left entirely to mere political considerations. The values โ€‹โ€‹of humanity, justice and kindness must continue to be a guide in facing the various crises that are plaguing the world, including the ongoing humanitarian tragedy in Gaza and several other regions. Malaysia remains committed to the principles of mutual respect, living in diversity and upholding religious freedom as guaranteed by the Constitution. As a pluralistic nation, we believe that true strength lies not in uniformity, but in the ability to manage differences fairly, wisely and respectfully. I also remind you that religion should not be a tool to fuel hatred or enmity. On the contrary, it must continue to be a source of peace, unity and defense of human dignity regardless of race, religion or background. Hopefully dialogue and discourse like this will continue to strengthen understanding between communities and inject hope that we can still build a more peaceful, just and humane world. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Berkesempatan menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga yang menghimpunkan pemimpin agama, ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara. Merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan ucaptama merasmikan Sidang Kemuncak ini. Dalam suasana dunia yang semakin sarat dengan konflik, perpecahan dan ketidaktentuan, peranan pemimpin agama sebagai suara nurani, kesederhanaan serta kebijaksanaan menjadi semakin penting. Saya menegaskan bahawa keamanan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan politik semata-mata. Nilai kemanusiaan, keadilan dan ihsan mesti terus menjadi panduan dalam mendepani pelbagai krisis yang sedang melanda dunia, termasuk tragedi kemanusiaan yang berterusan di Gaza dan beberapa wilayah lain. Malaysia kekal berpegang kepada prinsip saling menghormati, hidup dalam kepelbagaian serta menjunjung kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai sebuah negara majmuk, kita percaya bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada keseragaman, tetapi pada keupayaan mengurus perbezaan dengan adil, bijaksana dan penuh hormat. Saya turut ingatkan bahawa agama tidak seharusnya menjadi alat untuk menyemarakkan kebencian atau permusuhan. Sebaliknya, ia mesti terus menjadi sumber damai, perpaduan dan pembelaan terhadap maruah insan tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang. Mudah-mudahan dialog dan wacana seperti ini akan terus memperkukuh persefahaman antara masyarakat serta menyuntik harapan bahawa dunia yang lebih aman, adil dan berperikemanusiaan masih mampu kita bina. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI