announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-06-10 15:27

Telegram @anwaribrahim_official

My official visit to Japan closed the curtain with a press conference with Malaysian media friends who followed the delegation throughout this visit. Alhamdulillah, this visit went well and achieved its goal. We have strengthened Malaysia-Japan friendship, explored new cooperation opportunities and attracted investment and quality trade to Malaysia for the benefit of the people and the country. I express my deepest appreciation to the Japanese Government and the Japanese people for the warm welcome and friendship extended throughout the visit of Mr. The relationship that has been built over decades continues to be the basis for confidence, trust and closer cooperation. Thank you also to the Malaysian Embassy in Tokyo who worked hard to make this visit a success. Special appreciation to the Malaysian Ambassador to Japan, Dato' Shahril Effendi Abd Ghany who closed his diplomatic duties today, after the end of this official visit. I leave this land of the Rising Sun with full confidence that the Malaysia-Japan friendship that has been rooted for a long time will continue to flourish, reach generations and bring prosperity to the people of both countries. Dōmo arigatō gozaimasu. Sayonara. 🙇‍♂️ 🇲🇾 🫶 🇯🇵 #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI #Civil Diplomacy

Notes

Lawatan rasmi saya ke Jepun menutup tirai dengan sidang media bersama rakan-rakan media Malaysia yang mengikuti delegasi sepanjang kunjungan ini. Alhamdulillah, lawatan ini berlangsung dengan baik dan mencapai matlamatnya. Kita telah memperkukuh persahabatan Malaysia-Jepun, meneroka peluang kerjasama baharu serta menarik pelaburan serta perdagangan berkualiti ke Malaysia untuk manfaat rakyat dan negara. Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Jepun dan rakyat Jepun atas sambutan yang amat mesra serta persahabatan yang dihulurkan sepanjang kunjungan jnj. Hubungan yang dibina selama puluhan tahun ini terus menjadi asas kepada keyakinan, kepercayaan dan kerjasama yang semakin erat. Ucapan terima kasih juga buat warga Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang telah bekerja keras menjayakan lawatan ini. Penghargaan khas buat Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato' Shahril Effendi Abd Ghany yang menutup lembaran tugas diplomatiknya hari ini, seusai berakhirnya lawatan rasmi ini. Saya tinggalkan negara Matahari Terbit ini dengan penuh keyakinan bahawa persahabatan Malaysia-Jepun yang telah berakar sejak sekian lama akan terus subur, menjangkau generasi dan melimpahkan kemakmuran buat rakyat kedua-dua negara. Dōmo arigatō gozaimasu. Sayonara. 🙇‍♂️ 🇲🇾 🫶 🇯🇵 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI